Jumaat, 30 September 2016

Karipap Daging


bahan-bahan ( 50 biji )
  • Bahan Inti :
  • 500 g kentang - dipotong dadu
  • 300 gm bawang besar - dipotong dadu
  • 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
  • Tumbuk Lumat :
  • ½ biji bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ sd besar jintan manis
  • 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
  • 2 sudu besar minyak
  • ½ batang besar kulit kayu manis
  • 2 sd teh gula / secukup rasa
  • 1 sd teh garam / secukup rasa
  • 350 ml air
  • Doh Karipap :
  • 500 g tepung gandum - diayak
  • ½ sd besar garam
  • 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
  • 1 biji telur
  • ½ cawan ais. letak je cube ice dlm cwn yg standard saiz d rumah.
  • 250 ml air
  • Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai


Cara-cara
  • Inti :
  • Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
  • Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
  • Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.
  • Doh :
  • Masukkan tepung dalam mangkuk.
  • Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
  • Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. keperluan air mgkt jenis tepung. Rehatkan 1 jam.
  • Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
  • Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
  • Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
  • Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
  • * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

Kerang Goreng cencalok


Kerang sememangnya sedap jika direbus atau dibakar kemudian dicicah bersama sambal.

Selain itu, kerang juga biasanya dimasak bersama mee sebagai penambah rasa. Pendek kata, semua orang pasti pernah merasa keenakan mee atau chow kuey teow kerang.

Tapi menu kali ini mungkin pertama kali anda dengar iaitu Kerang Goreng Cencaluk. Wow, dengar nama pun dah kecur liur, belum lagi sedut dan kunyah kerang-kerang tu satu persatu. 

Sesiapa yang ingin mencuba bolehlah mengikut satu persatu cara-cara dibawah ini. 







Bahannya:
300gm kerang ~ dibersihkan,direbus dan kopek kulit ( buang kulit sebelah je)
2sb cencaluk
6 tangkai cili padi ~ dipotong kecil
1/2 biji bawang holland ~ dipotong dadu
sos cili secukupnya
sos tiram secukupnya
sedikit margerin + minyak ~ utk menumis

Bahan dimesin:
7 tangkai lada merah
2 biji bawang putih 
sedikit belacan

Caranya:
1. Panaskan minyak + margerin, tumis bahan yang dimesin hingga wangi dan garing.
2. Masukkan cencaluk, cili padi, bawang holland, sos cili dan sos tiram. Gaul rata hingga sebati.
3. Masukkan kerang, gaul rata dan tutup api. Jangan masak terlalu lama, nanti isinya liat.
4. Sedap dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja

Resepi Ayam Gunting


Resepi Ayam Gunting zapppp


Bahan-bahan:



Dada ayam (Dihiris nipis)
1 cawan Tepung goreng Adabi
½ cawan serbuk roti (warna putih)
1 biji telur
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk lada putih
Minyak masak


Cara-cara:


1. Cuci & toskan ayam. Satukan serbuk roti & tepung goreng dalam pinggan. Lumurkan ayam dalam adunan tepung kemudian celup ke dalam telur. Kemudian sekali lagi gaulkan ayam tadi ke dalam adunan tepung.


2. Goreng ayam di dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam hingga masak. Angkat & toskan.


3. Taburkan serbuk lada putih berperisa & serbuk cili. Ikut selera masing2 sama ada nak pedas atau tidak.


4. Akhir sekali gunting ayam ikut kesesuaian anda. Sedia dihidangkan

Bubur Nasi Siam



Pengalaman makan bubur siam ni bermula sejak sekolah rendah lagi, masa tu belajar di MGS raub, mulanya tengok kawan makan si tinggi lampai Tang Sze May.....
Nampak sangat sedap, cuba semangkuk sehingga hari ini masih ingat kesedapan bubur siam di Kantin Sek Ren MGS Raub.
Menu ni juga pernah saya buat semasa berniaga warung dulu.....

Jom kita buat

Untuk bubur nasi bahan-bahannya ialah
1 pot beras ( boleh ditambah atau dikurangkan)
10-15 ekor udang dibuang kulit serta dibelah belakang (boleh ditambah atau dikurangkan)
3 cawan air
1 ketul kiub ayam
Secubit garam

Cara membuatnya
Masak nasi bersama-sama udang sehingga mendidih. Kemudian masukkan kiub ayam dan secubit garam. Biarkan nasi masak sehingga menjadi bubur. Air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan bubur nasi yang diinginkan.

Paling penting untuk menikmati bubur siam ialah, bawang putih goreng. Cara membuatnya ialah.

1 labu bawang putih ditumbuk hancur. Kemudian goreng di dalam minyak sehingga kekuningan. Bawang putih tadi hendaklah diambil sekali dengan minyaknya.

Setelah semuanya siap, bubur nasi tadi boleh dihidangkan bersama-sama sayur, contohnya cendawan sos tiram, kailan ikan masing, sawi goreng dan sebagainya, bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Lauknya pula sangat sedap dinikmati bersama ikan bilis goreng, telur masin dan juga pekasam. Boleh juga hidangkan bersama ayam goreng kunyit, juga bergantung kepada selera masing-masing.

Cara menikmatinya pula ialah, hidangkan bubur nasi bersama-sama lauk dan juga sayur. Jangan lupa taburkan bawang putih goreng, daun sup, daun bawang dan gaul rata. Kalau anda sukakan masam, boleh perahkan limau nipis, kalau sukakan pedas boleh taburkan lada sulah, cili flakes ataupun hidangkan bersama cili potong.